melukakan hati orang boleh diumpamakan seperti "PISAU YANG MENOREH DAGING" walaupun boleh dijahit waima mampu disembuhkan dengan dibiarkan mengikut masa tentu sahaja parut yang ditinggalkan masih akan terserlah. kita tidak tahu betapa lemah manusia sehinggakan kesalahan sendiri tidak terlihat oleh pandangan. walaupun bagi sesetengah orang kata-kata maaf mudah meluncur pada celah bibir namun kenangan di kepala tidak mungkin mampu didelete seperti menekan delete button pada komputer.
![]() |
| mr google: stabing u |
![]() |
| mr google: bleeding inside |
sekarang hidup aku penuh dengan kejutan. kejutan dari manusia yang begitu hampir tetapi jauh. manusia yang berlagak gah tetapi tidak mampu menampung kesalahan sendiri dan hanya mampu menyalahkan dan menuding jari kepada orang lain. manusia ini tidak pernah lari dari virus L, LUPA. virus L menyerang semua manusia tidak kirabertapa handalnya otak anda memproses data dan menghafalnya. tidak mungkin hafalan it sentiasa sempurna.. sedangkan ketika solat seorang makmum boleh membetulkan bacaan imam jika terdapat kecacatan pada bacaan. inikan lah pula dalam hidup kita sehari-hari. tetapi harus diingat teguran ketika menegur itu ada padanya. contohnya, makmum yang ingin menegur bacaan imam itu tidak boleh mengeraskan suara. jadi dalam hidup kita sehari-hari macam mana?? itukah yang terjadi...carik jawapan sendiri...refleksi diri anda...
![]() |
| mr google: stunning |
"BOLEH JADI TEGURAN ANDA BERUBAH MENJADI PENGHINAAN"
jika ia melebihi batas yang sepatutnya. aku amat bersyukurkerana ini terjadi kepada aku. walaupun hampir satu malam aku memikir rasional kenapa semua ini terjadi, ternyata hikmah kurniaan ALLAH lebih besar liputan nya berbanding DIGI, CELCOM, MAXIS dan seumpamanya. hinggakan aku sedar aku telah menambah pengalaman hidupku...
ALHAMDULILLAH
"PAHIT UNTUK DITELAN"
memang pahit tapi itulah kenyataan. itulah tanggapan manusia-manusia ini. perkara pahit inilah yang akan berubah menjadi madu apabila ikhtibarnya diambil. aku mengaku, aku mengundurkan diri. bukan kerana aku takut tapi aku tidak mahu SILATURRAHIM yang tegang ini terlerai. aku tidak mahu orang lain menambah dosa kerana meembenci aku..biar penjadi pengecut asalkan aku tahu duduk perkara sebenar. moga tindakan ini di REDHAi..aku sudah menimbal baik dan buruk perkara ini sedalam-dalamnya.
"TAK SAYANG???"
siapa kate aku tak sayang. tiga semester pengajian aku bagi sepenuh komitmen. mana mungkin dalam sehari aku melupakan. aku dapat kawan, sahabat, kenalan dan satu yang aku harap aku tidak dapat iaitu MUSUH. namun perkara itu tidak MUSTAHIL kan??rasa kehilangan juga ada tapi aku sudah sangat biasa dengan rasa ini. tiada yang menjadi kesalahan pada aku. aku pasti ada hati yang mungkin aku sakiti. terutama ketua aku. tiada yang terdaya untuk aku lakukan bagi menghindari rasa ini..namun aku amat pasti ada yang lebih baik menanti aku jika tidak didunia mungkin dihari PEMBALASAN segala perbuatan manusia. namun, aku harap apa yang aku lepaskan ini tidak menjadi beban kepada sahabat-sahabat aku.
"JANGAN HANYA TAHU MENGHAKIMI"
sesungguhnya hanya ALLAH hakim yang MAHA ADIL. jangan hanya tahu bercakap tanpa menggunakan kewarasan otak. susah ke nak menggunakan seketul daging yang dianugerahkan ALLAH untuk berfikir, yang membezakan manusia dengan segala makhluk ciptaan ALLAH yang lain. tidak tahukah ia akan menyebabkan banyak salah dari betul, banyak tersurat dari tersirat...
![]() |
| klu nak jadi hakim...blaja macam mane nak jadi hakim |
aku menulis bukan untuk menuding jari bukan juga membuka aib diri atau orang lain. cukuplah sekadar ingatan tulus ikhlas, kasih dan sayang aku. bukan mengata bukan mengumpat hanya satu perkongsian. bukan mencerminkan sesiapa hanya refleksi diri sendiri juga kata nasihat...














