mohon jangan

Mohon jangan datang dekat
Aku bukanya seperti kau gambar
Senyap Ku
Gerakku
Hanya untuk menjauhkan diri

Mohon jangan kenali
Suaramu tidak mahu aku dengar
Tingkahmu tidak ingin Ku gambar
Bayangmu tolong keluar Dari radar

Mohon jangan bersuara
Aku takut hanyut
Aku takut realiti terbentang
Aku takut salahku dibicara
Aku takut hilang punca

Mohon jangan kasihiku
Sayangku bukan untuk dirimu
Bukan untuk dirinya
Bukan untuk mereka
Bukan untuk sesiapa
Tak layak untuk sesiapa

Mohon jangan percaya
Buat beribu Kata yang kau dengar
Tolong jangan percaya
Biar sejuta umpat keji
Tolong jangan percaya
Hanya ITU yang mampu kau Bantu

Mohon Bantu



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hello...
Dah lama sngt tak menulis. Bukan tak de benda yang nak ditulis...tapi bnyak sngat bende yang jadi tapi tak tau nak start dr mane....

Hari ni tergerak nak tulis. Slama ni slalu sngat fikir yg guys is a total monster and loser. But guess what, hr nie bru tau monster and loser come from everyone. Sometime we can't blame other with what happen. We are not in their shoes.

I'm always being a brat when anyone ask bout my parents. Yup...my ans...ayah keje jauh...Susah sngt nak ckp diorng divorce bec I have bad memory when I was little. My own best friend said to me that `mak kau tak tau jaga suami'. Masa tu tuhan je tau Malu muka ni. Bila pandang kawan2 lain. I know they feel sorry but they not saying anything.

Then...bemulalah hidup Seorang ika.. Jalan sorang.. Makan sorang..belajar sorang...pathetic...

Alhamdullilah...
Habis je PMR dpt twran more better. Tukar sekolah...since that memang dah tanam azam...jngan bagi sorang pon insan dalam dunia ni sakitkan nurul syafika. I'm being silent...tak campur orang...buat hal sendiri..kadang2 penat...

Tapi hari ni baru sedar yang sampai bila nak jadi macam ni...rasa tak jujur sangat dengan Diri sendiri...

Sampai bila....,

Sampai bila....

Umur dah masuk 24. I can't blame all guy...APA yang jadi kat IBU tak semestinya jadi pada aku...bukan semua lelaki jahat...tapi mcam mana kalau semua tu jadi pada aku???

Mesti sakit tu makin Dalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

COOLEST student life...

hoorey...
sudah kembali berblog...susah sungguh nak cari masa tulis blog...
exam dah habis...hoorey for second time...officially i'm in 3rd year sekarang...makin banyak tanggungjawwab yg terpakse hamba lunaskan...semester ini ALHAMDULILLAH tidak seperti semester sebelum ini...masih mampu digals oleh bahu yang kecil ini...

bajet cam reti baca compass...lalala~

both my best lecturer...so much fun

my baby coral...baru propagate

feed my baby coral with rice

funfair in SABAH

lab

cook with friends...

sunset in THREE ISLAND

mangrove area in PULAU TIGA

jalan2 tambah pengetahuan

cuttlefish back bones



saya mahu menjadi seorang OBSERVER yang berjaya. menjadi pemerhati keindahan alam dan nikmat ciptaan tuhan dengan mata penuh penghayatan dan hati penuh KESYUKURAN. melalui hari-hari dengan ketabahan dan ketenangan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kita tak OK tanpa KHALIFAH!!!!!

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH masih bernafas untuk mencoret disini. kesibukan yang dialami dalam meniti hari sebagai pelajar tahun akhir terasa amat berbaloi. hari-hari yang dilalui dioptimumkan dengan membuat assigment dan menulis thesis. membuat resume untuk practical dan bermacam jenis presentation yang menanti diri. saya rasa semakin MATANG. 

namun hidup masih diselitkan dengan usrah. YES!!!saya sayang usrah, kakak2 n adik2 halaqah yang sungguh COOL menyampaikan peringatan dan menggembirakan hati saya. memang betul bagai di kata RUH seakan hidup bila BERUSRAH. kesibukan bukan alasan untuk kita lupa FEEDING OUR SOUL. 

kembali kepada tajuk di atas....

KHALIFAH. apa fungsi khalifah? khaalifah secara am nya bertanggung jawab menjaga Islam yang dibawa Nabi Muhammad dan melindungi umat Islam. Semasa kewafatan Nabi Muhammad s.a.w sahabat-sahabat telah bermesyuarah untuk melantik pengganti nabi walaupun  jenazah nabi masih belum disemadikan. KENAPE perlu tergesa-gesa? kenapa perlu serta-merta walaupun mereka dalam kesedihan yang teramat sangat. kerana mereka tau kepentingan KHALIFAH bagi memastikan syiar ISLAM terus gemilang. tapi kita sebagai orang zaman sekarang ni sedar ke tak ye kepentingan KHALIFAH? atau dalam diri dah ter-SET tak ade khalifah pon saya masih boleh makan, minum, blajar seperti biasa? mungkin tanggapan kita semua itu sudah CUKUP tapi sebenarnya TIDAK!!!

KHALIFAH dunia ISLAM amat penting bagi MELINDUNGI penganutnya. apa yang kita nak jawab kat padang MASYAR nanti bila ALLAH tanya apa kita buat dengan saudara-saaudara kita yang berada di PALESTINE bila mereka ditindas, di TURKI bila hak mereka dirampas dan mereka dibunuh oleh pemimpin sendiri, di BOSNIA, IRAQ, dan juga di THAILAND. darah mereka seolah-olah tidak bernilai. kanak2 dan kaum wanita dibunuh tanpa belas. anda tahu tak semua ini? tah2 kat mane negara2 ni pon anda tak tahu? dimana KHALIFAH kita???

owh...zaman KHALIFAH ISLAM sudah berakhir dr zaman TURKI UTHMANIAH lagi.. oleh seorang BAJET HERO yang bernama KAMAL ATTARTUK.BAJET  HERO kan dia bila dia mengasingkan ISLAM dengan cara hidup UMAT ISLAM. walhal ISLAM MELENGKAPI semua aspek kehidupan termasuk CARA HIDUP. 

KITA TAK OK TANPA KHALIFAH!!!

kita perlukan KHALIFAH sebijak SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH yang mampu menakluk Constantinople dalam usia 24 tahun. Dari zaman Nabi, membawa ke zaman Khulafah Ar-rasyidin, Umaiyyah, pernah menjadi Ustazatul Alam pada zaman Abbasiyah tiada pemimpin yang mampu menakluk Constantinople, tetapi Sultan Muhammad al-Fateh mampu menjadi pemimpin yang amat disegani dalam usia yang sangat muda. beliau adalah sebaik-baik pemimpin yang diceritakan dalam hadis nabi.

ISLAM pernah menakluki 2/3 alam. pernah menjadi guru sekalian ALAM namun realiti sekarang, UMATnya diperkotak-katik kan. sekarang ni dari segi ilmu, economi, hiburan, sukan, pemerintahan, pertahanan semuanya berkiblatkan kuasa-kuasa BARAT. satu yang saya sangat setuju...UMAT ISLAM emosi...sebab kelebihan inilah BARAT menyerang pemikiran kita, baru secara fizikal kerana mereka tahu. kekuatan emosi UMAT ISLAM menyebabkan ISLAM pernah menjadi suatu kuasa YANG AMAT BESAR. digeruni oleh semua.

realiti MALAYSIA sekarang

ini tak ok bila PEMIMPIN punya isu SOSIAL
ini tak ok bila RAKYAT mengundi berdasarkan GULA2 yang diterima dari PEMIMPIN
ini tak ok bila RAKYAT bergaduh kerana BOLA SEPAK 
ini tak ok bila FESYEN zaman KAMAL ATTARTOUK dipakai
ini tak ok bila ARAK dijual secara terbuka
ini tak ok bila kedai 4D ada di mana2 saja, pak cik pakai kopiah pon masuk
ini tak ok bila ANAK LUAR NIKAH menjadi isu biasa
ini tak ok bila orang yang MANGHINA agama masih bebas tanpa tindakan undang2
ini tak ok bila orang BUKAN ISLAM lebih mengetahui ISLAM berbanding PENGANUT itu sendiri
ini tak ok bila HARI2 KEBANGSAAN disambut dengan hiburan yang melampau
ini tak ok bila suami membiarkan ISTERI dan ANAK tidak menutup AURAT
ini tak ok bila BELAJAR kerana nak EXAM
ini tak ok bila anak MENDERHAKAI IBU
ini tak ok bila KAUM zaman NABI LUTH diberi tempat dalam MASYARAKAT
ini tak ok bila PELACURAN menjadi salah satu sumber ekonomi
ini tak ok bila ARTIS dijadikan idola bukan para ILMUAN


so as conclusion: 
kita ok bila kita fikir banyak yang perlu kita sumbangkan kepada ISLAM 
kita ok bila ISLAM menjadi keutamaan dalam hidup
kita ok bila khalifah ISLAM bangkit semula
kita ok bila kita bergaduh untuk memperjuangkan ISLAM bukan BOLA SEPAK
kita ok bila ARAK dan JUDI tiada dalam negara ini
kita ok bila anak-anak menjadi soleh dan solehah yang mendoakan ibu dan bapa
kita ok bila BELAJAR niat KERANA ALLAH TAALA
kita ok bila kita membantu SAUDARA2 kita yang tertindas


hadis logam di atas... MANUSIA SEPERTI LOGAM...kenape logam??secara ringkas logam diumpamakan kerana logam mempunyai kelebihan nya tersendiri. macam manusia ada yang pandai bercakap, berniaga, memasak, menulis, dan bermacam lagi. itu lah logam kita tidak kira yang semula jadi atau yang kita gilapkan dalam hidup kita sehari-hari. TERPILIHNYA MEREKA SEMASA JAHILIAH TERPILIH JUGA MEREKA SEMASA ISLAM. tidak kira pada zaman kebodohan atau zaman ISLAM mereka, kelebihan itu mesti ada juga. kelebihan itu boleh menjadi alat untuk mereka menyebarkan kebaikan ISLAM dan juga menegakkan kalimah 


SEKIRANYA MEREKA FAHAM.

jadi marilah kita asah LOGAM kita agar kita boleh jadi ISLAM bukan kerana NAMA tapi juga atas PERBUATAN.  kembalikan hak ALLAH dengan beribadah kepada ALLAH...

#ini peringatan kepada saya juga yang kadang2 leka dengan urusan dunia yang lupa untuk take care masalah ummah. itulah kekangan menjadi pelajar yg tidak patut kita jadikan ALASAN#

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jodoh...nikah....kawen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA....

hari ni nak cakap pasal jodoh...bukan kerana saya dah kemaruk nak kawen...hehe...(ade lah rase sikit2 sebenarnye)...tapi saje nak buat perkongsian ilmu..uedah lama sangat tak masukkan entry yang terbaru...nak taip tapi tak ade idea sangat2...kering-kontang...hahaha

sebut pasal jodoh kita selalu teringat tentang hadis bagi memilih teman hidup bagi seorang lelaki...hadis ni cukup terkenal dan pasti ramai sangat yang tahu...

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

penah dengar kan hadis kat atas ni???kalau tak pernah dengar pernah baca kan???hadis ni memberi panduan kepada kaum adam untuk memilih teman hidup...mencari wanita yang mempunyai penghayatan agama...macam mana pulak untuk golongan hawa menentukan teman hidup mereka....ada tak hadis yang menyebut tentang hal ini???

like usual...ISLAM itu agama yang lengkap...jika diberi panduan untuk kaum lelaki sudah tentu ada juga  panduan untuk kaum wanita...aspek mencari jodoh perlu didalami dengan sangat teliti...sebab sebuah perkahwinan mempunyai rangkaian pautan dengan isu-isu hak, nafkah, zuriat, keturunan dan perkongsian hidup...

“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu).  Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”

kenapa???kenapa???kenapa???kenapa perlu dilihat pada agama dan akhlak...ini kerana bagi menghindari wanita itu dari lelaki yang fasik...sesungguhnya lelaki yang kaya itu dapat dilihat daripada agama yang dijaga dan akhlak yang terbilang....golongan fasik adalah golongan yang mendapat murka ALLAH...bagaimana nak mendapat RAHMAT rumah tangga jika tiada REDHA ILAHI???

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat.  Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa  orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan  dengan puteriku?”  Hasan menjawab, 
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pastimengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”

KAUM WANITA!!!(seruan saya=D)
ANDA KENALAH MEMBUAT PENELITIAN YANG PALING DALAM SEMASA MENCARI TEMAN HIDUP DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR SUAMI..KERANA KUASA TALAK ADA PADA SUAMI....ISU TALAK SELALUNYA MENDATANGKAN KEMUDARATAN YANG AMAT BESAR KEPADA WWANITA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN LELAKI.

Rasulullah SAW juga amat benci  kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik.  Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:   “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”

IKATAN PERKHAWINAN BUKANLAH SATU KONTRAK SOSIAL YANG DILAKUKAN BAGI MENDAPATKAN KEUNTUNGAN DAN KELEBIHAN...TAPI MERUPAKAN SATU LANGKAH KEARAH MEMPEROLEH KEREDHAAN DAN KEBAHAGIAN HIDUP...IA JUGA MERANGKUMI PELBAGAI ASPEK KEMANUSIAAN SEPERTI PERTALIAN JIWA, KASIH SAYANG, KETENANGAN HATI, TUNTUTAN BIOLOGI, NASAB KETURUNAN, HAK, TANGGUNGJAWAB, TOLERANSI DAN SEBAGAINYA...

Hayatilah firman Allah SWT  yang bermaksud:  “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan.  Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan  kepada mereka dengan limpah  kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”.  (an-Nur: 32). 

SELAMAT MENCARI TEMAN HIDUP-INSYAALLAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SYUKUR

wah...hari nie saye mengimbau kenangan dengan menonton semula cerita SYUKUR 21...tak tau kenapa hati ini sungguh tergerak mahu menonton cerita yang sudah lama itu. ialah masa tayangan dulu masa saya masih kanak-kanak. penghayatan kali ini sungguh mendalam. saya cuba mambandingkan dengan negara kita yang sebenarnya. pelik kan. kenapa nak membuat perbandingan yang jelas dan nyata antara realiti dan fantasi. 
negara kita sebagai realiti dan negara RAUDHAH (dlm filem ini) adalah fantasi atau boleh kita kategorikan sebagai negara impian saya. 

alangkah baiknya sistem yang digunakan di RAUDHAH dipraktikkan disini. bukan secara teknologi sahaja tapi yang paling penting pada peribadi dan pendidikan yang diamalkan. menekankan tentang ISLAM itu sendiri. walaupun arus pemodenan bergerak pantas namun berlandaskan syariat yang sewajarnya.

KAN BEST!!!!

tapi itu semua bermula dengan perkataan "ALANGKAH"....

KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA...

ini semua orang saya rasa tau. tiap-tiap kali mesti kita dengar orang cakap macam ni. tapi adakah cukup sekadar cakap sahaja???

betul lah tafsiran saya. "PERKATAAN YANG SELALU SAMPAI KE TELINGA MANUSIA LEBIH MUDAH DILUPAKAN BERBANDING DENGAN YANG JARANG DIDENGAR" 

ini hanya hypothesis tidak berbayar saya saja. betulkan saya jika salah tersalah.

bahagian yang amat saya suka dalam cerita ini adalah pendidikan terhadap kanak-kanak RAUDHAH yang mementingkan nilai spiritual. alangkah hebatnya jika negara ku yang tercinta ini juga bergerak seperti itu.

lagi sekali perkataan "ALANGKAH"

dalam era masa kini ini, ada tak filem yang dibuat seperti ini??? filem penghayatan ISLAM yang diarahkan oleh anak-anak tempatan.

erm...macam ada tapi tak berape kot.. contoh filem yang saya harap satu ketika dahulu menyampaikan massage yang sepatutnya tapi agak salah pembawaan plotnya adalah cerita "AKU MASIH DARA".

walaupun jalan ceritanya agak urban, moden untuk remaja zaman sekarang, tapi dari segi bahasa. mintak maaf sangat-sangat. TIADA KESOPANAN LANGSUNG. sama lah macam kita menasihati orang tapi tidak menunjukkan contoh yang baik. BETUL TAK???

lagi satu cerita yang saya nak bagi sebagai contoh adalah cerita "SYURGA CINTA".

urm..kenapa lah dengan cerita ni kan???

penceritaan dia memang ok sangat. tapi saya paling tak suka cerita lelaki memainkan wanita kerana DEAL dengan sahabat-sahabat mereka...sudah banyak sangat cerita macam ni. sampaikan saya tergerak hati nak bertanya. senang sangat ke perempuan ISLAM ni dipermainkan... rasa macam tak..tapi tak tahu lah pulak kalau bagi mereka..pendapat masing-masing adalah hak masing-masing..

dan coretan diatas adalah hanya coretan saya sahaja. dan sudah tentu tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

(^^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasihat menasihati



melukakan hati orang boleh diumpamakan seperti "PISAU YANG MENOREH DAGING" walaupun boleh dijahit waima mampu disembuhkan dengan dibiarkan mengikut masa tentu sahaja parut yang ditinggalkan masih akan terserlah. kita tidak tahu betapa lemah manusia sehinggakan kesalahan sendiri tidak terlihat oleh pandangan. walaupun bagi sesetengah orang kata-kata maaf mudah meluncur pada celah bibir namun kenangan di kepala tidak mungkin mampu didelete seperti menekan delete button pada komputer. 
mr google: stabing u
mr google: bleeding inside

sekarang hidup aku penuh dengan kejutan. kejutan dari manusia yang begitu hampir tetapi jauh. manusia yang berlagak gah tetapi tidak mampu menampung kesalahan sendiri dan hanya mampu menyalahkan dan menuding jari kepada orang lain. manusia ini tidak pernah lari dari virus L, LUPA. virus L menyerang semua manusia tidak kirabertapa handalnya otak anda memproses data dan menghafalnya. tidak mungkin hafalan it sentiasa sempurna.. sedangkan ketika solat seorang makmum boleh membetulkan bacaan imam jika terdapat kecacatan pada bacaan. inikan lah pula dalam hidup kita sehari-hari. tetapi harus diingat teguran ketika menegur itu ada padanya. contohnya, makmum yang ingin menegur bacaan imam itu tidak boleh mengeraskan suara. jadi dalam hidup kita sehari-hari macam mana?? itukah yang terjadi...carik jawapan sendiri...refleksi diri anda...
mr google: stunning

"BOLEH JADI TEGURAN ANDA BERUBAH MENJADI PENGHINAAN"
jika ia melebihi batas yang sepatutnya. aku amat bersyukurkerana ini terjadi kepada aku. walaupun hampir satu malam aku memikir rasional kenapa semua ini terjadi, ternyata hikmah kurniaan ALLAH lebih besar liputan nya berbanding DIGI, CELCOM, MAXIS dan seumpamanya. hinggakan aku sedar aku telah menambah pengalaman hidupku...
ALHAMDULILLAH


"PAHIT UNTUK DITELAN"
memang pahit tapi itulah kenyataan. itulah tanggapan manusia-manusia ini. perkara pahit inilah yang akan berubah menjadi madu apabila ikhtibarnya diambil. aku mengaku, aku mengundurkan diri. bukan kerana aku takut tapi aku tidak mahu SILATURRAHIM yang tegang ini terlerai. aku tidak mahu orang lain menambah dosa kerana meembenci aku..biar penjadi pengecut asalkan aku tahu duduk perkara sebenar. moga tindakan ini di REDHAi..aku sudah menimbal baik dan buruk perkara ini sedalam-dalamnya.



"TAK SAYANG???"
siapa kate aku tak sayang. tiga semester pengajian aku bagi sepenuh komitmen. mana mungkin dalam sehari aku melupakan. aku dapat kawan, sahabat, kenalan dan satu yang aku harap aku tidak dapat iaitu MUSUH. namun perkara itu tidak MUSTAHIL kan??rasa kehilangan juga ada tapi aku sudah sangat biasa dengan rasa ini. tiada yang menjadi kesalahan pada aku. aku pasti ada hati yang mungkin aku sakiti. terutama ketua aku. tiada yang terdaya untuk aku lakukan bagi menghindari rasa ini..namun aku amat pasti ada yang lebih baik menanti aku jika tidak didunia mungkin dihari PEMBALASAN segala perbuatan manusia. namun, aku harap apa yang aku lepaskan ini tidak menjadi beban kepada sahabat-sahabat aku.



"JANGAN HANYA TAHU MENGHAKIMI"
sesungguhnya hanya ALLAH hakim yang MAHA ADIL. jangan hanya tahu bercakap tanpa menggunakan kewarasan otak. susah ke nak menggunakan seketul daging yang dianugerahkan ALLAH untuk berfikir, yang membezakan manusia dengan segala makhluk ciptaan ALLAH yang lain. tidak tahukah ia akan menyebabkan banyak salah dari betul, banyak tersurat dari tersirat...

klu nak jadi hakim...blaja macam mane nak jadi hakim



aku menulis bukan untuk menuding jari bukan juga membuka aib diri atau orang lain. cukuplah sekadar ingatan tulus ikhlas, kasih dan sayang aku. bukan mengata bukan mengumpat hanya satu perkongsian. bukan mencerminkan sesiapa hanya refleksi diri sendiri juga kata nasihat...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS