jodoh...nikah....kawen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA....

hari ni nak cakap pasal jodoh...bukan kerana saya dah kemaruk nak kawen...hehe...(ade lah rase sikit2 sebenarnye)...tapi saje nak buat perkongsian ilmu..uedah lama sangat tak masukkan entry yang terbaru...nak taip tapi tak ade idea sangat2...kering-kontang...hahaha

sebut pasal jodoh kita selalu teringat tentang hadis bagi memilih teman hidup bagi seorang lelaki...hadis ni cukup terkenal dan pasti ramai sangat yang tahu...

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

penah dengar kan hadis kat atas ni???kalau tak pernah dengar pernah baca kan???hadis ni memberi panduan kepada kaum adam untuk memilih teman hidup...mencari wanita yang mempunyai penghayatan agama...macam mana pulak untuk golongan hawa menentukan teman hidup mereka....ada tak hadis yang menyebut tentang hal ini???

like usual...ISLAM itu agama yang lengkap...jika diberi panduan untuk kaum lelaki sudah tentu ada juga  panduan untuk kaum wanita...aspek mencari jodoh perlu didalami dengan sangat teliti...sebab sebuah perkahwinan mempunyai rangkaian pautan dengan isu-isu hak, nafkah, zuriat, keturunan dan perkongsian hidup...

“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu).  Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”

kenapa???kenapa???kenapa???kenapa perlu dilihat pada agama dan akhlak...ini kerana bagi menghindari wanita itu dari lelaki yang fasik...sesungguhnya lelaki yang kaya itu dapat dilihat daripada agama yang dijaga dan akhlak yang terbilang....golongan fasik adalah golongan yang mendapat murka ALLAH...bagaimana nak mendapat RAHMAT rumah tangga jika tiada REDHA ILAHI???

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat.  Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa  orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan  dengan puteriku?”  Hasan menjawab, 
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pastimengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”

KAUM WANITA!!!(seruan saya=D)
ANDA KENALAH MEMBUAT PENELITIAN YANG PALING DALAM SEMASA MENCARI TEMAN HIDUP DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR SUAMI..KERANA KUASA TALAK ADA PADA SUAMI....ISU TALAK SELALUNYA MENDATANGKAN KEMUDARATAN YANG AMAT BESAR KEPADA WWANITA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN LELAKI.

Rasulullah SAW juga amat benci  kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik.  Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:   “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”

IKATAN PERKHAWINAN BUKANLAH SATU KONTRAK SOSIAL YANG DILAKUKAN BAGI MENDAPATKAN KEUNTUNGAN DAN KELEBIHAN...TAPI MERUPAKAN SATU LANGKAH KEARAH MEMPEROLEH KEREDHAAN DAN KEBAHAGIAN HIDUP...IA JUGA MERANGKUMI PELBAGAI ASPEK KEMANUSIAAN SEPERTI PERTALIAN JIWA, KASIH SAYANG, KETENANGAN HATI, TUNTUTAN BIOLOGI, NASAB KETURUNAN, HAK, TANGGUNGJAWAB, TOLERANSI DAN SEBAGAINYA...

Hayatilah firman Allah SWT  yang bermaksud:  “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan.  Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan  kepada mereka dengan limpah  kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”.  (an-Nur: 32). 

SELAMAT MENCARI TEMAN HIDUP-INSYAALLAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: