wah...hari nie saye mengimbau kenangan dengan menonton semula cerita SYUKUR 21...tak tau kenapa hati ini sungguh tergerak mahu menonton cerita yang sudah lama itu. ialah masa tayangan dulu masa saya masih kanak-kanak. penghayatan kali ini sungguh mendalam. saya cuba mambandingkan dengan negara kita yang sebenarnya. pelik kan. kenapa nak membuat perbandingan yang jelas dan nyata antara realiti dan fantasi.
negara kita sebagai realiti dan negara RAUDHAH (dlm filem ini) adalah fantasi atau boleh kita kategorikan sebagai negara impian saya.
alangkah baiknya sistem yang digunakan di RAUDHAH dipraktikkan disini. bukan secara teknologi sahaja tapi yang paling penting pada peribadi dan pendidikan yang diamalkan. menekankan tentang ISLAM itu sendiri. walaupun arus pemodenan bergerak pantas namun berlandaskan syariat yang sewajarnya.
KAN BEST!!!!
tapi itu semua bermula dengan perkataan "ALANGKAH"....
KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA...
ini semua orang saya rasa tau. tiap-tiap kali mesti kita dengar orang cakap macam ni. tapi adakah cukup sekadar cakap sahaja???
betul lah tafsiran saya. "PERKATAAN YANG SELALU SAMPAI KE TELINGA MANUSIA LEBIH MUDAH DILUPAKAN BERBANDING DENGAN YANG JARANG DIDENGAR"
ini hanya hypothesis tidak berbayar saya saja. betulkan saya jika salah tersalah.
bahagian yang amat saya suka dalam cerita ini adalah pendidikan terhadap kanak-kanak RAUDHAH yang mementingkan nilai spiritual. alangkah hebatnya jika negara ku yang tercinta ini juga bergerak seperti itu.
lagi sekali perkataan "ALANGKAH"
dalam era masa kini ini, ada tak filem yang dibuat seperti ini??? filem penghayatan ISLAM yang diarahkan oleh anak-anak tempatan.
erm...macam ada tapi tak berape kot.. contoh filem yang saya harap satu ketika dahulu menyampaikan massage yang sepatutnya tapi agak salah pembawaan plotnya adalah cerita "AKU MASIH DARA".
walaupun jalan ceritanya agak urban, moden untuk remaja zaman sekarang, tapi dari segi bahasa. mintak maaf sangat-sangat. TIADA KESOPANAN LANGSUNG. sama lah macam kita menasihati orang tapi tidak menunjukkan contoh yang baik. BETUL TAK???
lagi satu cerita yang saya nak bagi sebagai contoh adalah cerita "SYURGA CINTA".
urm..kenapa lah dengan cerita ni kan???
penceritaan dia memang ok sangat. tapi saya paling tak suka cerita lelaki memainkan wanita kerana DEAL dengan sahabat-sahabat mereka...sudah banyak sangat cerita macam ni. sampaikan saya tergerak hati nak bertanya. senang sangat ke perempuan ISLAM ni dipermainkan... rasa macam tak..tapi tak tahu lah pulak kalau bagi mereka..pendapat masing-masing adalah hak masing-masing..
dan coretan diatas adalah hanya coretan saya sahaja. dan sudah tentu tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
(^^)v






0 comments:
Post a Comment