cik Rama-Rama

Saya masih ingat suatu pagi ketika saya terjumpa sebutir kelongsong di kulit kayu sebatang pohon, seekor kupu-kupu sedang membuat lubang pada kelongsong tersebut, bersiap sedia untuk keluar.
Saya menunggu seketika, tetapi ia mengambil masa yang begitu lama untuk muncul dan saya pun hilang sabar.
Saya membongkok dengan menghembuskan nafas ke atas kelongsong itu untuk memanaskannya. Saya memanaskannya secepat mungkin dan keajaiban mula menjelma di depan mata dengan begitu pantas sekali.
Kelongsong itu terbuka, kupu-kupu itu pun merangkak keluar perlahan-lahan dan tidak akan saya lupa kengerian apabila melihat sayapnya terlipat ke belakang dan renyuk, kupu-kupu malang itu menggigil-gigil mencuba sedaya upaya untuk membuka sayapnya.
Saya membongkok sekali lagi dan cuba menolong dengan nafas saya, sia-sia sahaja. Ia perlu menetas perlahan-lahan di bawah cahaya matahari. Kini sudah terlambat.
Nafas saya telah memaksa rama-rama tersebut untuk keluar, dengan sayap yang renyuk, sebelum tiba masanya. Ia telah berusaha tetapi kecewa, dan beberapa saat kemudian, mati di tapak tangan saya.
Saya percaya badan kecil itulah yang paling membebankan sanubari saya. Saya menyedari sekarang bahawa ia suatu dosa besar untuk menentang hukum-hukum alam semula jadi yang agung. Kita tidak harus tergesa-gesa, tidak harus kurang sabar, tetapi seharusnya, dengan yakin, mematuhi ritma yang abadi semula jadi.
(Petikan dari Panduan Keibubapaan Bestari Times, Mengapa Montessori oleh Aisha Z. Abdullah diambil daripada cerita Zorba the Greek oleh Nikos Kazantzakis dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Cald Wildman)

*skarang nie banyak sangat orang yang nak mengubah ciptaan alam=ramai yang melawan natural alam...
*insaf kan diri...-__- 

glitter-graphics.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: